Sebab kenapa peniaga melayu lambat sangat kaya. Sila berhenti membebalkan diri.

Makin ramai usahawan melayu keluar sekarang ni. Macam-macam produk yan diorang hasilkan dan jual. Tapi tau tak sebab kenapa peniaga melayu lambat sangat kaya?

Ramai je melayu jutawan..? Betul kot kata you tu. Tapi kalau ada orang jadi jutawan dalam masa setahun, kenapa you ambik masa bertahun-tahun? Dah 5 tahun buat bisnes, untung memang untung, tapi tau tak yang keuntungan you tu boleh dilipat gandakan kalau you buat digital marketing betul-betul?

Sebagai contoh tengok Dollar Shave Club yang buat bisnes jual pencukur rambut dengan harga USD1 saja. Lepas 4 tahun saja, company ni dah dibeli oleh Unilever dengan harga USD1 Billion. Billion! Kau ade?

So, apa yang Dollar Shave Club buat hebat sangat sampai boleh berharga tinggi cam tu? Company ni tak buka kedai pun. Cuma jual pencukur harga USD1 melalui WEBSITE dia je. Yes, tu kata kunci dia, WEBSITE.  So apa kesalahan yang you buat dalam bisnes you?

dollar shave club

Syarikat menjual pencukur online dibeli dengan harga USD1 Billion selepas 4 tahun.


 

 

So OK, you dah berpenat lelah sejak 6 bulan lepas untuk bisnes baru you ols.

Mencipta produk. Buat sample. Dah order 1000 unit dah pun sebab tu MOQ dari kilang tempat you ols buat.

You ols upah sorang designer buat logo untuk produk you. Dah buat poslaju account. You dah tak sabar-sabar pula nak buka page FB dan buat website.

Mungkin you kenal kawan yang ada anak sedara yang amik upah buat website dari rumah, murah je. Atau mungkin you ada terbaca artikel/iklan kat FB tentang cara-cara buat website hanya dengan 3 steps. So, you rasa sekarang apa yang you perlu buat ialah cuma siapkan website dan bisnes you dah ready 100% kan?

sebeb kenapa peniaga melayu lambat sangat kaya

Salah lah!

Dah bertahun-tahun kerja, we ols dah jumpa terlalu banyak usahawan/business owner yang:

  1. Cuba buat website sendiri
  2. Merungut pasal harga mahal nak upah pembuat website
  3. Tak percaya langsung yang they ols perlukan website

Dan perkara ni betul-betul buat we ols rasa tak senang. Faham-fahamlah yang pada zaman teknologi macam ni, website yang cantik dan berfungsi baik bukan lagi satu kemewahan. Itu satu keperluan.

sebeb kenapa peniaga melayu lambat sangat kaya

Faham ke?

Related: Awasi perangkap Wix, Weebly, Odixlab

Ok ok. We ols faham. You ni bisnes baru kan? Bajet pun seciput je. You usahawan berkebolehan and you mampu buat banyak benda sendiri. Comel, memang comel dan sangat memberi inspirasi pada we ols. Tapi kalau you buat eCommerce bisnes tapi tak nak berbelanja sikit untuk website you, then lagi baik kalau you ols tak buat bisnes langsung!

Tau kenapa?

Anda ada satu saja peluang. Gunakan sebaik-baiknya!

Ok, sekarang kita tak perlu cerita pasal website. Andaikanlah yang you ols membuka satu kedai baru nak jual baju. Memandangkan you ni bisnes baru, maybe kedai you kecik je. Bajet you buka kedai tak besar tapi paling kuranglah you kena bayar untuk cat kedai, lantai, lampu, kabinet, mannequin, sistem POS, inventori dan lain lain kan? Dengan sewa kedai setahun, tak kisah lah kat mana sekali pun, paling kurang mungkin you dah kena bayar rm50,000 hanya semata-mata untuk cover kewujudan kedai you. Mungkin lebih?

Dan walaupun lepas dah belanja lebih rm50,000, kedai you masih nampak suam-suam je nak dibandingkan dengan kedai H&M kat seberang jalan. Atau kedai Siti Khadijah. Takpun kedai Padini tu. Dah tentu-tentu you kalah teruk dari segi presentation, collection dan pekerja terlatih. Kemungkinan untuk kedai you hidup lama? Kosong. Yes, kosong!

Tapi, kalau you buka eCommerce website, customer akan pandang you dengan cara berbeza. Customer tengok anda dalam dunia online yang nampak kecil dan sempit. Diorang takkan fikir pasal macamana rupa kedai H&M kat IOI mall. Sebaliknya, diorang akan bandingkan website h&m.com dengan website you!

Sedar tak, di situ you boleh nampak yang peluang you untuk menang lebih besar?

h&m store

You rasa you boleh lawan kedai H&M? Besar angan-angan you, we ols suka.

Walaupun harga upah web designer yang bagus besar range nya, website yang cantik dek mata memandang, yang cukup fungsi-fungsi penting mungkin berharga dalam lingkungan rm1000-rm5000. Sekarang, bandingkan harga tu dengan harga you ols pi buka kedai rm50,000 tadi (yang dah tentu you takkan menang). So, kenapa susah betul nak bina website yang betul-betul bagus untuk bisnes you? Website yang by the way, you akan pakai lebih dari masa setahun?

So bila dah ada website yang cantik dan baik fungsinya?

Perkara penting you kena buat bila you nak mula bina website ialah survey-survey website pesaing you. Macamana agaknya rupa website diorang? Apa yang you suka pada design diorang? Apa yang you tak suka?

Lepas tu, tengok pula website lain diluar pesaingan you. Tengok saja dari segi design yang nampak unik dan fresh gitu. Walaupun website orang tu jual sampan, tak semestinya design dia takkan serasi dengan bisnes you!

 

 

 

naelofar

http://naelofarhijab.com/

 

house of doll fazura

http://www.myhouseofdoll.com/

 

Lepas you dah decide design mana nak guna, you pastikan pula gambar-gambar produk you diambil secara professional. Dah banyak sangar research yang menunjukkan lebih cantik fotografi produk you, lebih tinggi kemungkinan customer you akan beli. Tolonglah diri you sendiri dan jangan mandai-mandai amik gambar pakai henfon je, upahlah photographer professional.

Lepas tu, letakkan diri you dalam persepsi customer. Apa yang customer nak tengok dalam website you, apa yang diorang nak tau? Apa features yang boleh memudahkan pengalaman diorang membeli kat website you? Dah dapat semua point-point tu, you minta designer letakkan features tu dalam website.

Mobile Compatibility

Yang terakhir sekali, dah merata-rata orang sebut pasal ni so tak perlulah we ols nak huraikan lagi. Pastikan yang website you tu mobile friendly.

Senang cerita, kalau website you tak mudah digunakan dan tak nampak menarik dalam mobile phone, you hanya membazir masa je buat website yang cantik dan baik fungsinya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TOP
Wanna Chat?
Wanna Chat?
Questions, doubts, issues? We're here to help you!
Connecting...
None of our operators are available at the moment. Please, try again later.
Our operators are busy. Please try again later
:
:
:
Have you got question? Write to us!
:
:
This chat session has ended
Was this conversation useful? Vote this chat session.
Good Bad
%d bloggers like this: